Thursday, 7 June 2012

latihan kelas tambahan bab 5 ting 4

Latihan bab 5 tingkatan 4
1)      Nyatakan dua golongan Arab Kerajaan Madinah.
i) Suku Aus
ii) Suku Khazraj

2)      Senaraikan tiga isi perjanjian Agabah pertama.
i)suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
ii)Suku Aus dan Khazraj berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad S.a.w.
iii)Suku Aus dan Khazraj tidak melakukan amalan Jahiliah.

3)      Nyatakan tiga isi perjanjian Aqabah kedua.
i)Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam.
ii)Suku Aus dan Khazraj mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
iii)Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah.

4)      Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah dalam konteks Bahasa Arab ?
Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

5)      Kenapa orang Islam menyatakan hijrah bukan pelarian sebagaimana yang disebut oleh orientalis Barat ?
i)Orang Islam dijemput oleh orang Arab Madinah.
ii)Kedatangan orang Islam Makkah ke Madinah disambut baik oleh orang Madinah.
iii)Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan tempat tinggal.

6)      Senaraikan empat sebab Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah ?
i) Perintah Allah menerusi Wahyu
ii)Strategi menyebarkan Islam
iii)Jemputan Suku Aus dan Khazraj.
iv)Penentangan daripada orang Quraisy.

7)      Nyatakan tiga kepentingan hijrah
i) Dakwah Islamiah dapat disebarkan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.
ii)Wujud perpaduan di kalangan masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
iii)Wujud nama Madinah al-Munawwarah yang bermakna kota bercahaya.

8)      Nyatakan dua tujuan pembinaan Masjid al-Nabawi.
i) Beribadat
ii)Belajar

9)      Berikan tiga isi kandungan Piagam Madinah.
i)Nabi Muhammad merupakan pemimpin bagi kerajaan Madinah.
ii)Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah.
iii)Kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

10)   Nyatakan dua kepentingan Piagam Madinah.
i) Riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan.
ii)Merupakan model kerajaan Islam yang unggul.

11) Nabi Muhammad telah terlibat dalam tiga peperangan. Nyatakan tiga peperangan tersebut.
i) Perang Badar
ii)Perang Uhud
iii)Perang Khandak

12) Nyatakan dua prinsip perang dalam Islam.
i)Allah membenarkan orang Islam berperang hanya apabila mereka diserang oleh musuh.
ii)Berperang kerana menentang kezaliman dan mempertahankan diri.

13) Senaraikan tiga isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
   i)Gencatan senjata diadakan selama 10 tahun.
   ii)Kabilah arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang
     Quraisy Makkah.
   iii)Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu
     dipulangkan .

14) Nyatakan dua kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.
   i) Umat Islam menunaikan haji pada tahun 629 M.
   ii)Dakwah Islamiah dijalankan ke seluruh Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad
     s.a.w. secara aman.

15) Nyatakan tiga sebab pencabulan Perjanjian Hudaibiyah .
   i)orang Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui bersama.
   ii)Beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam telah dibunuh.
   iii)Orang Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah. Mereka memberi sokongan kepada Bani
     Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.

16) Apakah taktik yang digunakan oleh Nabi Muhammad yang menyebabkan baginda berjaya
   membuka semula Kota Makkah ?
   Memasuki kota Makkah menerusi empat arah berlainan iaitu dari utara, selatan, Barat dan
   Barat Daya.
17) Nyatakan tiga kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
   i) Kaabah terpelihara daripada amalan dan unsure jahiliah.
   ii)Makkah menjadi kota suci umat Islam.
   iii)Kerajaan Islam Madinah semakin mantap dan kukuh.

18) Nyatakan dua tokoh yang memeluk Islam selepas pembukaan semula kota Makkah.
   i)Al-Abbas
   ii)Abu Sufian

  

No comments:

Post a Comment